terasa lama sungguh Dek JA tinggalkn Sulaman al-Birr ni sejak post pertama.. ermm..2 bulan ni, Dek JA posting Community Medicine.. alhamdulillah, Dek JA baru lepas xam end of posting bagi posting Community Medicine semalam.. Dek JA sengaja sibukkan diri dgn aktiviti2 luar selama 2 bulan ni, sbb lepas ni akan bermula lah posting2 yang lebih berat dan meruntun masa yg lebih, khuatir aktiviti2 yg sudah disenarai penuh di minda ni tergendala kalau ditangguh2.. Dua bulan dalam posting ni, Dek JA didedahkan kpd satu aspek Commed yg berbeza dr apa yg Dek JA belajar selama 2 semester lepas.. masa sem5 di Manipal, India dulu, kami ke rumah2 kebajikan, pulang ke tnhair, masa sem6 pula ke klinik2 kesihatan sekitar Melaka.. sem7 ni sama sekali berbeza bilamana kami diberi input berkenaan research dn journalism-belajar ttg epidemiologi & biostatistik.. Dek JA bersyukur dgn ilmu yg Allah beri keizinan pada diri ini untuk mempelajarinya..
mula bicara, Dek JA duduk2 menatap laptop, rindu bertandang menjengah ke sulaman al-Birr ni.. lantas hanya satu perkataan yg muncul dalam minda ini --> ISTIQAMAH!! yakni konsisten atau berterusan (mungkin sbb dh tingglkn blog tersyg begitu lama agaknya..).. perkataan mudah untuk dilafaz, ttp sukar untuk dilaksana.. sentiasa menjadi laungan mereka yang sentiasa memberi peringatan. tetapi sedarkah kita, laungan inilah yg telah mengubah fizikal Rasulullah, di mana baginda telah menjadi tua dan beruban atas bebanan 'ISTIQAMAH'..
“Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, al-Naba' dan al-Takwir”, (Riwayat al-Tarmizi, Ibn Sa'd dan Hakim)
bg Dek JA istiqamah adalah satu perkara yang Dek JA sendiri perlu selalu muhasabah.. terasa diri ini begitu lemah apabila tidak mampu mendisiplinkn diri dlm pengamalan seharian, terutama dlm ibadat.. tk perlu ambil ibadah yg berat2 lah.. solat awal waktu, baca quran setiap hari, solat sunat rawatib dan qiam(sekurg2nye sekali seminggu) sudah memadai menilai betapa istiqamahnya kita.. haish!! apabila kita nilai diri, sejauh mana hati kita kuat disitulh refleksi dalam pengamalan kita sebenarnya.. sering kali, baru balik dari majlis ilmu, berkobar2 nk baiki diri, tup tup selang beberapa jam kita diuji tanpa sedar.. iman itu letaknya pada hati, dan hati itu dijadikan berbolak-balik.. oleh itu, kita harus sentiasa mohon pada Allah agar diri ini bukan lh 'beriman' diwaktu cerah, kufur pula bila gelap.. jgnlah hidup perjuangkan Islam, mati pula dalam kemungkaran.. nauzubillah..
jd, apa yang boleh menjerumuskan kita dalam agenda syaitan yang membolak balik kan qalbu kita ini??!! tidak lain adalh syaitan dan nafsu..
bagi Dek JA, istiqamah dalam berbuat baik, adalah keupayaan dan kemampuan kita melawan dan 'menjinakkan' syaitan juga mendidik nafsu kita agar mrk selari dengan tarbiyyah ruhiyyah islamiyyah.. mampukah kita?? tepuk dada, tanyalah iman..
kalau kita lihat dari aspek penciptaan syaitan, bilamana makhluk durjana ini telah berjanji pada Allah dalam surah Shaad:82-83, bermaksud:
"Telah berkata (Iblis) demi keagunganMu, aku akan sesatkan mereka semuanya di kalangan hambaMu yang Ikhlas."
dan godaan syaitan itu dari setiap penjuru, surah Al-A'raf :17 bermaksud "kemudian aku datangi mereka (anak Adam) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka."
inilah janji syaitan pada Allah yang mana kita semua manusia sentiasa perlu ambil peringatan.. Syaitan itu duduknya di hati manusia, mengalir dalam empulur darah kita, tdk lepas 24jam sehari, 7hari seminggu.. itu janji mereka!! dan mereka adalah musuh no.1 kita!!!
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh, maka kamu ambillah ia sebagai musuh.." maksud Firman Allah dalam surah Faatir: 6
shbt2.. jgn sesekali kita pandang enteng pada makhluk api bernama syaitan dan iblis ini (Iblis-nama asal Azazil, adalah ketua syaitan dan syaitan adalah jin2 kufur yg berbai'ah dgn Iblis). mrk dr zaman Nabi Adam lagi telah merancang tektik dan selok belok bagaimana untuk terus menerus menyesatkan Anak Adam.. kita harus sedar, melawan mrk adalah satu perintah ALLAH!!
dari zaman nenek moyang kita lagi, mrk menyusun bala tentera yang terdiri daripada:
1. Laqis & Walhan : tugas mengganggu golongan yang ingin beribadat dgn menimbulkan was2.
2. Nurroh : juru kacau yang menimbulkan rambang mata
3. Al- Au' : TUGAS MEMBAWA MANUSIA KEPADA ZINA!!! (sedih sgt melihat zina seolah2 telah menjadi budaya di tanahair sendiri..)
4. Batarr : membawa manusia kepada rasa putus asa, kecewa dn gangguan emosi. tdk sabar menghadapi musibah
5. Mathrus : membawa manusia memperkatakan dgn kata2 dusta dn lagha
6. Jassim : melalaikan manusia agar melupakan Allah yang akhirnya membawa kepada permusuhan terutama melalui sifat marah..
(ps: Dek JA tk pasti ejaan sebenar nama2 rumi syaitan2 ni.. andai shbt2 ada yang lebih alim, sila betulkan, ye..)
tengok!! cantik sungguh susunan gerak kerja mrk, bukan??!! gerak kerja yang halus, bisikan lembut pada hati sehingga kita sering tidak sedar kita sedang diserang..
bg Dek JA ada satu cara mudah.. dalam satu2 perkara, kita senang ntk kenal pasti, kiranya apa yang kita lakukan itu mengikut jalan syaitan dan nafsu atau mengikut jlnNya.. andai dalam satu2 perbuatan tu, kita rasa tidak sedap hati dan tidak tenang dgn perlakuan kita yg mana kdg2 mmg akan terdetik, "Eh!! betul ke ape aku buat ni??!!" @ "apa aku buat ni salah!!" @ "bukan ini yg Allah suka!!" maksudnya kita sedang diserang.. sbb tu salah satu cara, Islam menyarankn kita untuk membiasakan diri berkawan dgn org2 soleh, saling ingat memperingati dan duduk dlm jemaah.. sbb syaitan ini lebih kuat bila mengganggu hambaNya yg duduk berseorangan..
antara kita sedar atau tidak, sesungguhnya Allah tidak membiarkan manusia berhadapan dgn medan perang melawan syaitan ini sehelai sepinggang.. Allah telah persiapkan kita dgn kelengkapan perang yang jauh lebih hebat, sebenarnya.. DOA & ZIKRULLAH!!! kelengkapan yg ringan lagi mudah!! sesungguhnya hanya dengan menyebut nama ALLAH dan mengingati ALLAH, senjata paling ampuh melawan mrk.. cubalah, tgh2 buat dosa, tk kiralah dosa kecik sekalipun, cuba sebut nama Allah!! tup tup, mesti kita sedar apa yang kita buat tu salah, sbenarnya.. tgh2 mengumpat kawan, sebutlah ASTAGHFIRULLAH, pasti terus terdiam dibuatnya.. tgh2 duduk2 berdua2an dgn yg bukan muhrim, sebutlah ASTAGHFIRULLAH HAL AZIIM-LAILAHAILLALLAH!!.. mesti ada kekuatan untuk terus beredar tingglkn tempat tu.. antara nak sebut or tidak je, kn.. CUBA TRY!! cuma kita sering memilih ntk tidak kuat!! mencari seribu alasan untuk jadi lemah!! Allah dah tunjukkn jalan, maka pilih lah jalan itu.. laksanakan dan amal kan.. insyaAllah dari hari ke hari kita akan jadi semakin kuat.. amiin..
shbt2.. tk perlu susah, Allah dah berikan pendinding cantik dalam al-quran, surah an-nas.. mulakan dgn isti'azah- 'Aku berlindung dgn Allah dari syaitan yang direjam".. lari lintang pukang makhluk api ini, itu pasti..
insyaAllah, sama2 kita sentiasa peringatkan dan pertingkatkan diri.. jd insaan ISTIQAMAH dlm memikul tanggungjwb dunia dan akhirat.. amiin