salam

Sunday, October 24, 2010

LAILAHAILLALLAH...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Pengasihani..



Ingat 5 perkara.. Sebelum 5 perkara... Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita tak akan menyesal.. Masa usia kita jgn disiakan, kerana ia tak akan kembali...

Dakwah yang di bawa kumpulan nasyid kegemaran Dek Ja ini begitu tulus.. Lagu2 mereka sentiasa berjaya menyentuh hati ini..

Sebak hati Dek Ja apabila mendengar semula bait-bait lagu ini.. Rasa diri ini terlalu alpa.. Melihat semula apa lah yang telah diri ini lakukan sepanjang 23 thn 8 bulan diberi peluang oleh Yang Esa untuk bercucuk tanam di bumi sementara ini..

Tanggal 19 Oktober 2010, alhamdulillah, sekali lagi Allah telah mengizinkn diri kerdil ini ntk bertemu dgn As-Syeikh Habib Umar bin Hafiz buat kali kedua.. Kali pertama dulu di Baitul-Qura', Sg. Udang Melaka.. Kali ini di masjid indah, Masjid Selat, Melaka pula.. Habib Umar adalah keturunan Rasulullah saw tercinta dari susur galur cucunda baginda, Imam Hussain.. LAILAHAILLALLAH!!!! itulah lafaz agung yg terpahat kuat di hati ini, sebaik pulang dari majlis ilmu itu.. Mengalir air mata ini, apabila mengenangkan diri ini seorang yang sering lupa, lupa akan janji yang telah termeterai dgn Pencinta Agung, Pencipta ku, ALLAH swt.. Sejauh mana kita memahami lafaz ini? Lafaz yang membezakan seorang muslim dgn yang lainnya?

Sering kali kita hanyut dgn virus hedonisme yang antara sedar dan tidak, semakin membawa matlamat dan hati kita jauh dari akhirat, dari Allah.. Kita melihat dunia seperti kita akan hidup selamanya.. Inginkan ijazah tinggi, pekerjaan dgn pendapatan lumayan, rumah besar, kereta mewah, isteri, suami dan keluarga yg hebat, hingga kita lupa, ini semua tidak dipandang Allah.. Allah melihat hati hamba2 nya.. Allah melihat hamba2 yang senantiasa berusaha membuktikan kata cinta yang dilafazkan sebelum kita diturunkan ke dunia ini.. Seharusnya kemudahan dan rezeki yang Allah berikan di dunia ini kita jadikan wasilah merebut cinta Ilahi.. Bagaimana? tidak lain hanya dgn melaksanakan lafaz LAILAHAILLALLAH + MUHAMMADURRASULLAH dalam erti kata sebenar.. perjuangkan lah lafaz ini, tegak kan Islam dalam diri dan peribadi.. Kongsikan keindahan Islam dgn mereka yang masih belum melihat.. pahatkan keyakinan pada Allah.. Serahkan diri secara total ada Allah.. Bekerja untuk Islam.. Bersaudara atas nama Islam.. Astaghfirullah, kembalikan hatiku pdMu, ALLAH... ingatlah wahai diri, dunia ini hanya tempat untuk bercucuk tanam, yang mana hasilnya untuk kita nikmati di akhirat kelak.. Orang Islam, dunia ini ibarat penjara.. Bagi mereka yang lain dunia inilah syurga!! Bagi Muslim, di dunia tiada masa bersenang-senang.. setiap masanya penuh lelah.. Lelah yang membahagiakan.. Pernahkah kita merasa bahagia dalam kesusahan? Nah, apa kayu ukur kita pada dunia?

Baiklah sahabat2.. Dek Ja coretkan sedikit perkongsian dari majlis ilmu lawatan As-Syeikh Habib Umar al-Hafiz itu, ye.. Moga beri manfaat..

1. Amalkan 'Lailahaillallah al hakkhul mubin' 100x sehari, insyaAllah akan diamankan dari kemiskinan dan dibuka pintu-pintu kekayaan dan syurga buatmu..

2. Setia tiang yang memegang arash Allah dan pintu-pintu syurga termaktub kalimah 'Lailahaillah MuhammadurRasulullah'..

3. Riwayat Imam Ahmad bermaksud : Pada suatu hari Rasulullah bertanya kepada sekumpulan para sahabat.. "Adakah di kalangan anda golongan yang bukan dari kalangan kamu (yahudi dan nasrani) ? Lalu para sahabt menjab : "Tidak, wahai Rasullullah" Maka Rasulullah berkata lagi : "Angkat lah tangan mu dan sebut lah Lailahaillallah.. Semua kamu diampunkan dosa-dosa kamu.."

4. Lafaz ini menuntut setiap yang menyebutnya agar bersungguh-sungguh mentaati Allah

5. Lihatlah mati itu umpama ia ada di depan mata..

Byk lagi perasaan indah yang Dek Ja rasai dr majlis ini.. Terasa begitu dekat deganNya, tidak seperti waktu-waktu lain.. Sukar sekali untuk diungkapkan.. Merasai begitu mudah air mata ini mengalir kerana perasaan cinta pd Yang Maha Esa.. Tidak merasai kehadiran manusia lain yang sesak di sekeliling.. Hanya Aku dan DIA.. itulah yg dpat Dek JA rasai setiap kali mghadiri majlis ilmu dgn kehadiran insan ini-Habib Umar keturunan Nabi Rasulullah.. Kata- kata dan doa nya begitu menyentuh hati.. Begitu mudah menerobos palit-palit hitam hati ini.. Subhanallah.. Tidak sabar rasanya menenti kehadiran majlis seumpama ini lagi, insyaAllah..

Ya Allah jadikan diri ku keluarga ku dan saudara-saudara ku di kalangan orang-orang yang sentiasa mendapat rahmatMu.. amiin..

ps: Moga diri ini masih diberi kesempatan di tahun hadapan ntk bertemu dgn Habib Umar, keturunan kekasih Allah, Muhammad saw, ini.. Moga dgn mencintai Rasulullah dan keluarga nya, kita mendapat tempat di kalangan mereka yang mendapat tempat..